ﺍَﷲُ ٲَكْبَرْ كَبِيرًا | Allahu akbar kabiiraAllah Maha Besar akan segala kebesaran | |
وَالْحَمْدُ ِﷲِ كَثِيرًا | Walhamdulillahi kathiraaDan segala pujian bagi Tuhan sebanyak-banyaknya | |
وَسُبْحَانَ اﷲِ بُكْرَةً وَّاَصِيلاً | Wasubhanallahi bukrataw wa asiilaaDan Maha Suci Tuhan daripada kekurangan pagi dan petang | |
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ َلِلَّذِي فَطَرَ السَّمٰوَتِ وَالاَْرْضَ | Waj-jahtu waj-hia liladzi fatoras samaawati wal-ardhDan aku hadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi | |
حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ | Hanifam muslimaw wa ma ana minal musyrikanLurus aku sebagai orang yang sejahtera (muslim) dan bukanlah aku daripada golongan yang syirik | |
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ | Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiinSesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam | |
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ | Laa syarika lahu wa bidza lika umirtu wa anaminal musliminTiada sekutu bagi-Nya dan dengan itulah diperintahkan aku dan aku daripada golongan muslim |
Monday, November 19, 2012
Rahsia Doa Iftitah
Thursday, February 16, 2012
Ganjaran Mulia Bagi Seorang Isteri Yang Solehah
Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
Wednesday, February 15, 2012
Rahsia Duduk Antara 2 Sujud Dalam Solat.
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii.. (Maafkan aku..)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.