Tuesday, June 29, 2010

MAKSUD & RAHSIA AYATUL KURSI

MAKSUD AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

KELEBIHAN AYAT KURSI
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

  • Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.

44 comments:

  1. Thank you posting this.may Allah bless you :)

    ReplyDelete
  2. Thanks. I like it; and will try to practice it. Bye.

    ReplyDelete
  3. Bersama kita umat Islam mengamalkannya. Mari melalui amalan agama kita bina kekuatan dalam menghadapi pelbgai ancaman terhadap pegangan ahlul sunnah wal jamaah.

    ReplyDelete
  4. memang byk fadhilatnya.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  5. saya mohon izin untuk share di blog saya ye...

    www.swang-swing.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam..minta izin share entry ni dekat facebook ye..terima kasih sebab share..:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tq for sharing... :)

    ReplyDelete
  8. Nak tanya sikit ... tidakkah sejarah ayat kursi menimbulkan keraguan pada hati? Syaitan mengajarkan ayat kursi kepada abu hurairah ... tak kena betul ... apa yg boleh difikirkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca balik sejarah.Kaji mengapa ia berlaku..

      Delete
  9. Tq
    This help me much .

    ReplyDelete
  10. Syaitan mmg tahu kelebihan Ayat Kursi & gunakannya utk melepaskn diri. Ilmu tanpa roh itulah jadinya. Manusia pun sama jugak kalau angkuh & malas nak amalkn ayat Kursi ni.

    ReplyDelete
  11. Assalamualikum...minta izin copy

    ReplyDelete
  12. Di akhir hadis "Syaitan mengajarkan ayat kursi kepada abu hurairah" itu Rasulullah bersabda mafhumnya lebih kurang, ...Syaitan itu pendusta tetapi dia benar. Apa maksud kata-kata ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://hantukiller.blogspot.sg/2013/08/syaitan-yg-mengajar-ayat-qursi-sebagai.html?m=1

      Answer to your question....copy paste url

      Delete
  13. http://hantukiller.blogspot.sg/2013/08/syaitan-yg-mengajar-ayat-qursi-sebagai.html?m=1

    ReplyDelete
  14. Thank you for sharing and saya mohon untuk share. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  15. sangat memberi inspirasi.. mohon share.. :)

    ReplyDelete
  16. ijin copy untuk referensi dan diamalkan

    ReplyDelete
  17. itulah keagungan dari ayat kursi ya

    ReplyDelete
  18. Info yang sangat berguna :))
    terima kasih. ^^

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kerana sharing. Minta izin untuk copy ya...

    ReplyDelete
  20. inn sha Allah akan memberi manfaat

    ReplyDelete
  21. Terima kasih berkongsi maklumat, jazakaallah khair :)

    ReplyDelete
  22. Terima kasih berkongsi maklumat, jazakaallah khair :)

    ReplyDelete
  23. Tq semoga bermanfaat buat saya.. Minta izin copy ya..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih saya ucapkan kerana berkongsi maklumat kepada saya dan semua

    ReplyDelete
  25. Dh bnyk kli sy naik Kapal terbang tapi tetap merasa takut. Bila sy takut sy baca ayat kursi. Sy baru thu kelebihan membaca ayat kursi, antara semua kelebihan kt atas ni yg buat sy tenang sikit 👉 Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya 😄

    ReplyDelete
  26. Satu perkongsian yang amat2 berharga. Terima kasih berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  27. Terima kasih untuk ilmu ni , minta izin copy . Moga dimurahkan rezeki sentiasa ��

    ReplyDelete
  28. Nak minta izin nk repost dlm my blog ya.

    ReplyDelete
  29. Wow. This is so amazing. I like your post. May Allah SWT bless you dear. Allahumma Amiin

    ReplyDelete
  30. الله أكبر..
    اسلام عليكم...
    Betapa besar hikmah..
    Maksod yg ada dalam
    Ayatul kursi ....
    TERIMA kasih atas perkongsian ini..
    Semoga kita semua dalam lindungan rahmatnya dan sentiasa hidup dalam keberkatan nya....
    امين🤲💝🤲

    ReplyDelete