Tuesday, June 29, 2010

MAKSUD & HIKMAH AYAT 1000 DINAR

MAKSUD:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

HIKMAH AYAT 1000 DINAR

Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:

1.Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.

2.Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.

3.Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.

4.Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.

5.Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Cara untuk mengamalkannya hendaklah dibaca setiap selesai dari solat 5 waktu, sebelum berangkat ke pejabat atau tempat kerja dan bacalah juga setiap kali sebelum hendak tidur. Bacalah dengan bilangan 3 atau 5 atau 7 kali.

3 comments:

  1. Paling penting bukan baca sahaja...amalkan...terutama bab takwa tu...ramai yang gantung didinding tapi tak solat...ayat tu tak beri rezeki...yang beri rezeki ialah Allah...moga kita semua menjadi org2 yg bertakwa...pesan buat diriku dan saudara2 islamku yg tercinta sekalian. Wassalam.

    ReplyDelete